Baru-baru ini satu festival yang dinamakan Port Fest 2023 telah diadakan di Dataran Ipoh, Perak. Selain daripada jualan dan pameran, konsert nyanyian turut diadakan dengan menampilkan ramai artis berkumpulan.
Di sebalik festival ini, malam kemuncak konsert menjadi perhatian ramai terutamanya golongan remaja. Namun begitu, tingkah laku pengunjung di situ telah menjadi kecaman netizen.
Berdasarkan rakaman yang tular, pada mulanya konsert tersebut disambut dengan penuh meriah dan diikuti dengan tarian seakan joget lambak oleh sekumpulan lelaki dan juga gadis.
Apabila selesai sahaja joget lambak, sekumpulan lelaki memberikan isyarat untuk mengelilingi sekumpulan gadis yang bertudung untuk melihat giliran mereka membuat aksi seperti goyang gerudi.
Tanpa ada rasa malu, mereka meneruskan aksi tersebut dan diikuti oleh sekumpulan lelaki yang lain. Aksi mereka mendapat sorakan dari pengunjung yang lain.
Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal melihat tingkah laku anak-anak muda ini dan mempersoalkan maruah masing-masing ketika itu.
“Mana pergi martabat sebagai seorang perempuan? Dengan penuh lelaki di sekeliling,” tulis netizen.
“Minta simpang anak-anak muda. Pemuda pemudi tiang negara. Yang lelaki okay, yang perempuan terkinja-kinja, langsung tak tahu malu,” kata netizen yang lain.
Sumber: Ciraplaici, insan biasa.