Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jenama Pak Mat Western tidak perlu diperkenalkan lagi. Semenjak menggunakan pempengaruh dan selebriti sebagai undangan dalam promosi mereka, jenama tersebut semakin dikenali ramai.
Pun begitu, terdapat beberapa rungutan daripada pelanggan yang pernah berkunjung ke premis mereka di Pulau Pinang. Kata mereka, walaupun aduan sudah dibuat mengenai servis premis tersbut, namun seolah tiada tindakan.
Baru-baru ini pula, Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain berkunjung ke premis berkenaan dan mendakwa makanan yang dihidangkan sudah sejuk.
“Makanan ni (single plate daging) baru je sampai, sedap tapi makanan sejuk dan perlu menunggu lama,” katanya.
Katanya juga, harga yang ditawarkan juga tidak kena dengan menu yang dihidangkan. Jelas beliau, itu bukan kali pertama dia mencuba hidangan dari PMW tetapi sudah lama ketika premis itu masih beroperasi di tepi jalan.
Beliau juga menyatakan ulasan yang diberikan adalah sebagai penambahbaikan jenama berkenaan.
Dalam satu hantaran lain, beliau juga meminta jenama berkenaan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kelemahan servis pihak mereka.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di TikTok Sophian, PMW menerusi akaun TikTok Pak Mat Western Brand mengambil maklum isu berkenaan dan akan melakukan penambahbaikan pada masa hadapan.









