Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
DAP mengecam keras tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam, meskipun sudah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang supaya tiada perhimpunan diadakan.
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, perbuatan itu bukan sahaja dilihat sebagai bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga berkenaan, malah mencabar kedaulatan undang-undang, mengganggu ketenteraman awam serta memaksa peniaga di sekitar menutup premis lebih awal.
Beliau menegaskan, Jalur Gemilang wajar dikibarkan dengan penuh hormat, namun ugutan dan provokasi bukanlah cara menyelesaikan isu.
Baca juga:
- Rosol Wahid tidak akan buat rayuan penggantungan BERSATU
- Vijay angkat sumpah Ketua Menteri Tamil Nadu
- Dua ADUN dipecat, empat pemimpin Bersatu digantung keahlian
Arah Pemuda DAP buat laporan polis
Menurut Loke, pihaknya telah mengarahkan semua Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap kejadian itu di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 503, 504, 505, 507B dan 507C berkaitan intimidasi jenayah, kenyataan mengaibkan, khianat awam serta gangguan yang menyebabkan ketakutan dan kebimbangan.
Beliau turut menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap tindakan melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum, demi menjaga keharmonian negara.
Sumber: Facebook DAP Pulau Pinang








