'Dalam video, awak cakap ikan makan 2 ekor sahaja, sebenarnya total 6 hidang' - Owner Kedai No.14 tampil jawab dakwaan Ekin Mawi - The Reporter

‘Dalam video, awak cakap ikan makan 2 ekor sahaja, sebenarnya total 6 hidang’ – Owner Kedai No.14 tampil jawab dakwaan Ekin Mawi

Isteri kepada selebriti terkenal Mawi iaitu Ekin, baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan terkejut apabila menerima bil yang diberikan oleh peniaga kedai makanan laut di medan selara di Johor Bahru.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ekin berkata apabila sahaja pulang JB, kebiasannya dia akan singgah ke kedai makan di medan selera tersebut tetapi di kedai yang berbeza.

Namun, dia terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM1,260 untuk hidangan makanan laut.

Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.

Berdasarkan komen netizen, ada beberapa individu berkongsikan pengalaman sama menjelaskan pemilik kedai makan terbabit meletakkan harga tinggi kerana menyasarkan pelancong dari Singapura sebagai pelanggan utama. Dalam pada masa sama, Ekin turut memetik pihak KPDN untuk siasatan lanjut.

Difahamkan isu ini sudah sampai ke pengetahuan KPDN dan siasatan sedang dijalankan.

Susulan isu ini menjadi tular, peniaga terbabit tampil menjelaskan situasi yang sebenar.

“Pada Sabtu, 30 September, mereka (selebriti sekeluarga) telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.

“Di sini Makcik nak senaraikan makanan yang dimakan. Mereka telah buat pesanan hidangan seperti pari bakar, siakap 3 rasa 2 ekor, siakap stim.

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang. Selain tu, udang butter, sotong goreng tepung, ketam, telur dadar, siput gonggong dan minuman,” jelasnya.

Tegas pemilik gerai nombor 14 itu lagi, sekiranya pihak Ekin masih kurang jelas dengan penjelasan tersebut, Ekin boleh berjumpa terus dengannya.

Sumber: Mohd Yusof Abdullah, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!