Daiyan Trisha tamatkan kontrak bersama jenama Pro-Israel - The Reporter

Daiyan Trisha tamatkan kontrak bersama jenama Pro-Israel

Sumber Gambar: Instagram Daiyan Trisha

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan ketegangan yang semakin meruncing di Gaza, gerakan yang dibuat oleh masyarakat dunia bukan sahaja terhadap produk pro Israel, malahan mereka mula melancarkan kempen Blockout 2024 terhadap selebriti yang menjalinkan kerjasama dengan rangkaian jenama yang diboikot.

Melihat isu boikot ini juga, selebriti Daiyan Trisha memaklumkan sudah menamatkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa yang bekerjasama dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan secara terperinci mengenai jenama dan kesan tindakan beliau.

“Saya ingin maklumkan bahawa saya telah menamatkan kontrak dengan beberapa jenama (berkait dengan Zionis). Ada juga jenama yang saya akan hentikan kerjasama pada masa akan datang.

“Saya terima segala teguran dan memandang isu ini dengan serius,” katanya.

Tindakan berkenaan ujarnya menyatakan pendirian dan sokongan beliau yang berterusan dengan isu Palestin.

“Ini adalah cara saya menunjukkan sokongan dan pendirian yang berterusan berkaitan isu di Palestin,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!