Daiyan Trisha akui tiada tuah dalam percintaan | The Reporter

Daiyan Trisha akui tiada tuah dalam percintaan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, 31, mengakui dirinya kurang bernasib baik dalam soal cinta dan tidak menolak hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan dia terlalu fokus untuk membina kerjayanya.

“Saya rasa tak berapa bertuah dalam percintaan, mungkin sebab saya terlalu bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Sebab saya memang meletakkan impian nak betul-betul berjaya dalam kerjaya seni,” katanya.

Bagi Daiyan, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hanya kerana mengikut kehendak hati, tetapi menunggu dipertemukan dengan lelaki yang tepat untuk dirinya suatu hari nanti.

“Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. Saya percaya jodoh saya akan datang, saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya,” katanya.

Sebelum ini, Daiyan menyatakan kesediaannya untuk bergelar isteri dan terbuka untuk bertemu jodoh pada bila-bila masa. Namun, ciri-ciri calon suami yang dicarinya adalah seorang yang serius dalam hubungan dan menjaga agama.

Sumber: mStar Online (Allya Abu Bakar)

Related Posts