Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Lorong kanan sama ada di jalan persekutuan atau jalan negeri merupakan lorong yang dirujuk sebagai lorong memotong. Secara teorinya, lorong kanan sepatutnya hanya digunakan untuk memotong sahaja.
Namun, terdapat situasi di mana ada segelintir pemandu tidak mematuhi prinsip ini. Contohnya, dalam satu video yang tular, sebuah kereta memandu perlahan di lorong kanan, menyebabkan kenderaan lain tidak dapat memotong.
Walaupun ada kenderaan lain di belakang yang memberi isyarat kepada kereta berwarna putih untuk beralih ke lorong tengah, pemandunya enggan berbuat demikian. Sedangkan jelas dalam video menunjukkan lorong tengah tiada kenderaan lain.
Akibatnya, para pengguna lain mula berasa tidak berpuas hati, termasuk pemandu bas yang kemudian memecut di lorong tengah lalu menghimpit kereta putih tersebut.
Tindakan pemandu bas berkenaan bertujuan memberi pengajaran kepada kereta putih itu yang akhirsedar dan masuk ke lorong tengah.
Di media sosial, ramai yang menyokong tindakan pemandu bas sebagai cara untuk mengingatkan pemandu lain tentang penggunaan yang betul bagi lorong memotong.