Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang individu telah membuat aduan mengenai penemuan lipas dalam bungkusan air minuman Horlicks yang dibeli di sebuah premis di Putrajaya.
Pengadu mendakwa setelah separuh air Horlicks diminum, dia melihat satu objek yang timbul dan mendapati seekor lipas berada dalam air tersebut.
Pengadu meminta pekerja kedai berkenaan memulangkan kembali duitnya, namun dikatakan pekerja berkenaan enggan berbuat demikian.


Susulan itu, pengadu telah membuat aduan kepada pihak berwajib mengenai premis berkenaan.
Menurut laporan, hasil siasatan ke atas premis berkenaan mendapati terdapat kehadiran lipas di ruangan penyimpanan bahan mentah selain tahap pencahayaan yang tidak memuaskan diruangan penyimpanan makanan.

Satu notis kompaun telah dikenakan kepada premis berkenaan.