'Curi sebab nak makan' - Nelayan didenda RM200 kerana curi 3 biji durian | The Reporter

‘Curi sebab nak makan’ – Nelayan didenda RM200 kerana curi 3 biji durian

Sumber foto: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman denda RM200 terhadap seorang nelayan yang mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri tiga biji durian.

Tertuduh, Roskhaizan Romli, 46, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara selama seminggu sekiranya gagal membayar denda tersebut. Dan tertuduh yang hanya berpendapatan RM1,000 sebulan itu memilih membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Roskhaizan didakwa mencuri tiga biji durian tersebut yang dianggarkan bernilai RM200 di kebun milik Neoh Aik Eng, di Jalan Teluk Bahang pada 12.15 tengah hari, 9 Julai lalu.

Apabila ditanya mengapa dia melakukan perbuatan itu, Roskhaizan menjawab dia teringin menikmati raja buah tersebut.

“Saya curi durian sebab nak makan, minta hukuman paling ringan puan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts