Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu rumah tangga anaknya, Marissa Dania, selepas memilih untuk berdiam diri hampir dua tahun.
Menurut Abby, sepanjang tempoh itu beliau sengaja membiarkan anaknya merasai sendiri pahit manis dalam kehidupan berumah tangga tanpa campur tangan.
“Dah dua tahun saya biarkan cerita ini berlalu. Saya biarkan anak saya merasa sendiri pahit manis jalan yang dia pilih. Saya biarkan pihak lelaki buat apa sahaja sebab katanya dia ada hak sebagai suami. Tak apalah, hilang hak pun sebagai ibu sebab ikutkan kehendak anak,” katanya.
Namun, jelas Abby, tindakannya kini bersuara adalah semata-mata mahu menyelamatkan anaknya daripada hubungan yang dianggap ‘toksik’.
“Apa yang saya update ini nak selamatkan anak saya dari hubungan toksik (antara dia dengan pihak lelaki). Dua tahun berlalu, pada saya cukup lama untuk membiarkan anak saya terus berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dan membuatkan dia memendam rasa,” ujarnya.

Baca juga:
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
- ‘Kami orang tengah sahaja’ – Aliff Syukri, Shahida serah RM40,000 buat Azar Azmi
Abby dalam pada itu menegaskan, kenyataannya tidak melibatkan mana-mana individu lain, sebaliknya hanya berkaitan dengan anak perempuannya itu.
“Lagi satu, saya tak kaitkan orang lain. Jadi tak payahlah sebut-sebut orang itu orang ini. Untuk situasi ini, Marissa Dania itu cuma ada mamanya sahaja. Kena tahu itu. Dia pun tak tahu,” jelasnya.
Abby turut berterima kasih kepada semua pihak yang memahami tindakannya sebagai seorang ibu.
“Apapun, terima kasih semua yang bersama saya. Yang memahami kenapa tindakan saya sebagai seorang mama begini. Semoga Allah izinkan segalanya difahami suatu hari nanti.
“Berkongsi bukan untuk dikeji, tapi untuk minta doa. Doakan supaya keadaan ini terlerai dan semoga dapat dihentikan segala caci maki dari mereka yang merasa sempurna,” katanya lagi.








