Cuepacs harap kerajaan luluskan permohonan kenaikan gaji RM300, bonus 1 bulan setengah gaji untuk penjawat awam - The Reporter

Cuepacs harap kerajaan luluskan permohonan kenaikan gaji RM300, bonus 1 bulan setengah gaji untuk penjawat awam

Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan menaikkan gaji penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober ini.

Selain kenaikan gaji sebanyak RM300, Cuepacs turut berharap pemberian bonus minimum satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam. Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, kenaikan gaji RM300 itu adalah perlu untuk membantu penjawat awam yang menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa. Memandangkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam hanya akan dilaksanakan pada 2025.

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini boleh meningkatkan gaji bersih serta memberi kelegaan kepada penjawat.

“Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan,” katanya.

Selain itu, Cuepacs juga memohon diskaun 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam. Dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir. Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!