Cucu nenek tular baca Yasin raih 9A dalam SPM | The Reporter

Cucu nenek tular baca Yasin raih 9A dalam SPM

SPM 2024
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pelajar berkenaan. Gambar: Tangkap layar TikTok _S@ihsan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari ini, kegembiraan jelas terpancar pada wajah para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada pagi tadi. Ada yang menangis kegembiraan apabila memperoleh keputusan cemerlang, dan tidak kurang juga yang menerima keputusan dengan reda.

Namun, apa jua keputusan yang diperoleh, ia bukanlah penamat kepada perjuangan mereka. Perjalanan masih panjang dan penuh cabaran menanti di hadapan.

Baru-baru ini, semasa peperiksaan SPM sedang berlangsung, tular sebuah video yang memaparkan seorang warga emas, dipercayai nenek kepada salah seorang calon di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong yang setia menunggu cucunya di luar dewan peperiksaan sambil membacakan Surah Yassin. Difahamkan, nenek tersebut hadir hampir setiap hari ke sekolah sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Lebih menyentuh hati, ibu kepada pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada Oktober lalu.

Ternyata, usaha yang bersungguh-sungguh tidak pernah mengkhianati hasil. Dengan ikhtiar gigih dan doa yang tidak putus daripada insan tersayang, pelajar tersebut berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Perkara ini dikongsikan oleh cikgu kepada pelajar berkenaan menerusi satu hantaran di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar lelaki tersebut dan meluahkan rasa kagum terhadap semangatnya yang cekal walaupun telah diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Related Posts