Nenek tunggu cucu ambil peperiksaan SPM sambil baca surah Yasin, berzikir di luar dewan raih perhatian ramai - The Reporter

Nenek tunggu cucu ambil peperiksaan SPM sambil baca surah Yasin, berzikir di luar dewan raih perhatian ramai

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok _S@ihsan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menerusi beberapa hantaran video di media sosial, pelbagai reaksi wajah yang dapat dilihat pada calon-calon yang bakal menduduki SPM.

Bukan hanya perasaan cuak dan gelisah dirasai oleh calon-calon berkenaan, malahan ibu bapa penjaga turut merasai momen itu.

Namun, satu hantaran video tular di TikTok ini menarik perhatian ramai.

@c_s.ihsan

cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92

Seorang cikgu berkongsikan kehadiran seorang warga emas yang setia menunggu di luar dewan ketika cucunya sedang mengambil peperiksaan SPM.

Apa yang meruntun hati, warga emas itu sedang membacakan surah Yasin dan berzikir untuk cucunya.

“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM. Nenek menunggu di luar baca Yasin dan zikir untuk cucu,” tulisnya.

Rata-rata netizen sebak dengan kesungguhan dan usaha warga emas berkenaan yang sanggup meluangkan masa demi cucunya.

Namun, difahamkan juga, ibu kepada pelajar berkenaan telah meninggal dunia Oktober lalu.

Total
0
Shares
Total
0
Share