'Crepe yang saya tahu ada buah-buahan, bukan seperti ini - macam mengundang kencing manis' - Dr Rafidah Abdullah kongsi pandangan - The Reporter

‘Crepe yang saya tahu ada buah-buahan, bukan seperti ini – macam mengundang kencing manis’ – Dr Rafidah Abdullah kongsi pandangan

Gambar dari Twitter Dr Rafidah Abdullah

Pakar Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah semalam berkongsi pandangannya mengenai makanan viral yang sedang mendapat perhatian ramai pada ketika ini.

Dalam ciapan ringkasnya itu, beliau berkata, makanan tersebut sepatutnya mengandungi buah-buahan yang memberi khasiat yang baik kepada pengguna.

Namun, crepe viral yang dijual itu sebaliknya mengandungi bahan pemanis berlebihan dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pembelinya.

“Crepe yang saya tahu ada buah-buahan. Bukan seperti ini – macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja,” tulisnya.

Ciapan Dr Rafidah itu turut menarik perhatian netizen yang bersetuju dengannya. Ada yang berpendapat, Kementerian Kesihatan seharusnya menangani isu sebegini bagi mengelakkan rakyat menghidap penyakit kronik.

“Patutnya Kementerian Kesihatan kena pantau mana-mana pengusaha dan mesti mengikut garis panduan penyediaan makanan. Kandungan gula, garam dan lain-lain lagi mesti pada kadar yang dibolehkan. Nanti ramai rakyat berpanyakit dan mati, kerajaan juga yang rugi,” kata Kasi Langgar.

“Tak apa, klinik atau hospital dekat saja, auto admit masuk wad. Bayar pula RM1,” kata Zee Yusoff.

Walau bagaimanapun, ada segelintir tidak bersetuju dengan ciapan Dr Rafidah yang dianggap cuba menutup periuk nasi peniaga crepe.

“Berilah peluang untuk berniaga, jangan sekat rezeki orang yang berusaha,” kata Aman.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!