'Cita-cita saya nak jadi influencer, cikgu' - Guru dedah 90% pelajar dapat markah kosong subjek Sejarah - The Reporter

‘Cita-cita saya nak jadi influencer, cikgu’ – Guru dedah 90% pelajar dapat markah kosong subjek Sejarah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan bagi menentukan hala tuju individu. Walaupun pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh mengenai isu pendidikan, diharapkan generasi muda tidak terus hanyut dengan kata-kata tersebut.

Seolah dapat menjangkakan hala tuju kehidupan mereka selepas ini, ada pelajar yang didapati mengambil sikap lewa dalam peperiksaan. Berdepan dengan situasi ini, guru merupakan individu yang sangat risau dengan prestasi anak-anak murid.

Dalam satu perkongsian di jaringan X, seorang guru mendedahkan 90% pelajar mendapat markah kosong semasa Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi subjek Sejarah.

Menurut guru berkenaan, pelajar-pelajar ini merupakan pelajar dari kelas terakhir yang terdiri daripada 32 orang murid. Difahamkan, mereka merupakan pelajar sekolah luar bandar.

“Markah di atas untuk bahagian B (Struktur & Esei). 90% yg dapat 0 tak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong. Yang lain semua ada jugak markah sebab cuba menjawab,” tulisnya.

Jelas guru tersebut, dia berasa kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

‘Method mengajar? Dari guna kertas, lakonan, atas talian semua dah guna. Ikut pada kemampuan murid. Ada pengajaran terbeza dalam kelas.

“Perhubungan dgn murid, dengan penjaga, dengan komuniti jaga elok-elok,” katanya.

Sumber: The Teh Original

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!