Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Konflik yang berterusan berlaku di Palestin membuatkan negara-negara luar membuka mata dengan menyekat ‘penguasaan’ Israel.
Biarpun zionis dapat melihat kemarahan masyarakat dunia menentang mereka, namun tidak sedikit pun luntur kekejaman mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.
Ekoran itu juga, negara China dipuji kerana telah bertindak menyukarkan pihak Israel untuk mengimport barang teknologi.
Menerusi satu ciapan di aplikasi X, China dikatakan menambahkan urusan dokumentasi dan birokrasi bagi mendapatkan barangan tersebut.
“China bertindak menyukarkan Israel untuk mengimport komponen komponen teknologi dari China dengan menambah urusan dokumentasi dan birokrasi bagi mendapatkan barangan itu.
“Kejadian ini bermula sejak permulaan Perang Israel Palestin 2023 pada 7 Oktober 2023 .
“Keadaan ini berlaku kepada hampir semua kilang kilang berteknologi tinggi di Israel yang memerlukan barangan atau komponen teknologi yang diimport dari China bagi meneruskan operasi atau pengeluaran produk mereka,” tulisnya.
Akhbar Israel Ynet melaporkan antara kesukaran tersebut adalah berkait dengan tambahan proses, borang dan kertas kerja.
Sumber: Irfan