Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Isu ‘childfree’ semakin mendapat perhatian ramai apabila isu ini hangat diperdebatkan lebih-lebih keluar kenyataan dari pasangan muda yang bersetuju tidak mahukan anak kerana memikirkan beberapa perkara dan isu yang mendatang.
Walaupun beberapa pendakwah dan mufti telah menyatakan hukum ‘childfree’ ini, namun golongan ini seolah tetap dengan pendirian mereka.
Individu yang ingin menimang cahaya mata atau pejuang dua garis antara individu yang berasa marah dengan kenyataan pasangan yang mahukan kehidupan ‘childfree’ ini.
Pelakon dan pelawak Achey antara yang menentang kenyataan yang dibuat oleh pasangan yang bersetuju dengan isu childfree ini.
“Kau mengguris perasaan pejuang dua garis. Saya harapkan pasangan (childfree) tu ‘terbabas’ (dikurniakan anak) dan merasai apa itu nikmat sebagai ibu bapa.
Menerusi satu temu bual, Achey tidak bersetuju dengan kenyataan yang menganggap cahaya mata sebagai satu yang membebankan.
“Itu adalah ideologi yang bodoh. Minta maaf, tapi dari sudut itu saya tidak suka. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tapi kenapa perlu libatkan cahaya mata. Secara tak langsung kau dah mengguriskan hati pejuang dua garis macam aku ni,” katanya.
Kata Achey dia dan isterinya berbeza kerana secara sains dan perubatan sukar untuk mendapatkan anak kerana tiub kiri dan kanan isterinya sudah dipotong.
Tambah Achey lagi, dia meminta agar pasangan berkenaan tidak menguar-uarkan ajaran dan fahaman (childfree) tersebut kepada orang lain.
Sumber: Melodi