Chef Ammar terkilan, harga Nasi Arabnya disamakan dengan harga Yahudi | The Reporter

Chef Ammar terkilan, harga Nasi Arabnya disamakan dengan harga Yahudi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Saban tahun bazar yang dikendalikan oleh Cheff Ammar akan tular di media sosial. Baru-baru ini pula ada yang mendakwa gerai Cheff Ammar tidak laku dan tidak dikunjungi orang ramai seperti tahun-tahun lalu.

Namun begitu, Cheff Ammar menafikan dakwaan tersebut dan merakamkan pelbagai gelagat orang ramai yang berbaris panjang untuk mendapatkan juadah yang dijual.

Menerusi satu video, dia berkongsikan tugas-tugas pekerjanya dalam menyiapkan menu jualan. Dalam pada itu, dia turut berkongsikan harga bagi menu lamb shank yang jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Dia turut berkongsikan keuntungan yang diperolehi semasa di bazar Ramadan.

https://twitter.com/BFMradio/status/1772158221672665268?s=20

“Keuntungan dalam RM300,000-RM400,000. Musim saya memang bulan Ramadan, bulan Ramadan akan bagi kami senang untuk dua,tiga bulan. Sebab kadang-kadang restoran saya buat sales untuk cover modal sahaja.

“Kadang-kadang saya kena ambik duit dari sales bazar Ramadan untuk cover bulan seterusnya atau bulan yang kurang sales,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harga makanan yang didakwa pembeli terlampau mahal, dia berasa terkilan apabila ada yang menyamakan dengan harga barangan yahudi.

“Isteri saya selalu berpesan supaya tidak hiraukan apa yang dikata, tapi saya degil jugak. Sebab kami bangga dengan usaha dan kerja kami. Kalau boleh jual dengan harga RM10, saya gembira, sebab barang yang kita guna semua mahal dan berkualiti,” katanya.

Dia turut berkongsikan pengalaman sedih yang dilalui melalui pengalaman kerja terdahulu.

“Saya berhenti kerja hotel sebab isu halal walaupun gaji besar. Saya susah dalam dua tahun lepas berhenti. Waktu tu, saya tak boleh bagi anak makan. Lepas tu ada orang hentam belakang kami.

“Kata mereka, ‘you orang asing’, ‘balik kampung’, ‘apa you buat sini.’

“Saya cuci kereta walaupun dulu saya excecutive cheff, saya cuci tandas masjid. Tapi tak apa sebab saya mahu pastikan anak-anak saya makan dengan rezeki yang halal.

“Bila kita dah terkenal, orang tak tahu kita lalu semua tu. Satu hari, satu malam saya mintak tolong dari kucing. Saya bagi dia makan, ambil dia dan minta doa rezeki anak saya. Dan saat itu kehidupan kami berubah,” kongsinya.

Sumber: BFM89.9

Related Posts