Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usai sahaja ujian di sekolah, ibu bapa akan dipanggil untuk bertemu guru kelas bagi mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak.
Tugas seorang guru kelas menerangkan kepada ibu bapa bukan sahaja akademik pelajar, malahan sikap dan tingkah laku pelajar juga dibincangkan.
Satu hantaran video tular menarik perhatian ramai apabila sesi bicara akademik melibatkan seorang guru kelas dan juga bapa pelajar yang merupakan suami kepada guru berkenaan.
Sesi yang dianggap serius pada mulanya bertukar lawak apabila guru tersebut yang dikenali sebagai cikgu Julia mula bersalam dengan suaminya dan meminta anak mereka duduk di depannya.
“Dia ada masalah tak kat sekolah?” Soal suaminya.
“Banyak sangat. Banyak main dia ni,” kata cikgu Julia lalu mengambil kertas memukul anaknya.
Menerusi ruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat tiga beranak itu dan memuji konten yang dibuat.