Caprice mohon maaf kepada SM Faisal, kecewa Emelia Hanafi tidak hadir sebagai saksi - The Reporter

Caprice mohon maaf kepada SM Faisal, kecewa Emelia Hanafi tidak hadir sebagai saksi

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli

Penyanyi Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 36, hari ini memohon maaf kepada ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal bagi menyelesaikan kes saman yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada itu juga, sempena kes itu telah diselesaikan secara baik, Caprice akan menghadiahkan sebuah kereta Kia Sportage yang akan diberi secara percuma kepada pengikutnya di Instagram.

SM Faisal terdahulu memfailkan saman fitnah terhadap Caprice yang menurutnya memuat naik hantaran fitnah melalui Instagram berkaitan dengan kes dirinya dengan bekas isteri, Emilia Hanafi.

Hantaran itu didakwa membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya. Selain itu, tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu peguam mewakili SM Faisal, Datuk Akberdin berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju menyelesaikan kes saman itu secara baik.

Caprice perlu membuat permohonan maaf di Instagram dalam tempoh 48 jam dan beberapa terma-terma lain termasuk kos yang tidak didedahkan. Penyanyi itu juga telah memohon maaf kepada anak guamnya secara bersemuka.

Selain memuat naik kenyataan permohonan maaf di Instagram, Caprice juga memuat naik gambar Emelia dengan kapsyen di mana dia kecewa wanita itu tidak hadir ke mahkamah untuk menjadi saksinya.

“Salam Emelia. Lain kali nak mintak tolong orang, jangan tiba-tiba tak boleh hadir,” tulisnya.

Ketika menjawab komen-komen netizen, Caprice mengakui dia kecewa dan terasa dikhianati dengan tindakan Emelia yang menyebabkan dia terpaksa membayar denda.

“Platform kami sudah banyak membantu orang orang ramai. Alhamdulillah. Tapi rasa dikhianati sebab akhirnya dia (Emelia) sendiri tidak dapat hadir.

“Tak ada saksi, so kita nak cakap apa? Last-last Cap kena bayar RM6,000. Thats like a brand new phone,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Caprice

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!