Cadangan umur persaraan wajib 65 tahun: Maklum balas dalam kajian JPA | The Reporter

Cadangan umur persaraan wajib 65 tahun: Maklum balas dalam kajian JPA

Cadangan had umur persaraan 65 tahun diteliti JPA
Gambar Jabatan Perkhidmatan Awam.

tua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengumpul pandangan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam daripada 60 ke 65 tahun, sebagai maklumat awal penting sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.

Menurut beliau, langkah itu diambil kerana ia perkara luar kebiasaan.

“Perkara ini memerlukan kajian dan penelitian yang lebih rapi,” katanya.

Tambahnya, JPA telah mengadakan sesi libat urus dengan CUEPACS dan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak. Menurut beliau, maklum balas diterima biasanya ada yang bersetuju dan ada yang tidak, dan ia akan dianalisis dari pelbagai perspektif bagi memastikan keputusan memberi implikasi positif kepada penjawat awam dan negara.

Baca juga:

Beliau berharap semua pihak bersabar menunggu keputusan kerana cadangan itu masih dalam peringkat kajian.

Kerajaan melalui RMK-13 akan meneliti had umur persaraan wajib selaras dengan peralihan Malaysia kepada status negara tua, dengan fokus kepada keadilan sosial dan kesaksamaan peluang.

Pada Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan cadangan menaikkan usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun sedang dipertimbangkan.

Cadangan ini bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada rakyat, ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mempertikaikannya.

Seorang wanita baru-baru ini menyatakan ketidaksetujuan terhadap cadangan berkenaan kerana bimbang kualiti kerja mungkin merosot sekiranya pekerja kekal terlalu lama dalam perkhidmatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Dr Azman Ibrahim sebaliknya mencadangkan agar had usia tersebut diturunkan kepada 55 atau 58 tahun sahaja.

Sumber: Hazleen Liana Kamarudin/ Sinar Harian

Related Posts