Buruh rogol budak 12 tahun hingga melahirkan anak, dipenjara 30 tahun, 8 sebatan | The Reporter

Buruh rogol budak 12 tahun hingga melahirkan anak, dipenjara 30 tahun, 8 sebatan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang buruh am yang didapati bersalah kerana merogol dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga melahirkan seorang bayi perempuan dalam kejadian lima tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said, menolak rayuan tertuduh, Ruslan Bacika yang meminta hukuman penjara untuk kedua-dua sabitan itu dijalankan secara serentak.

Menurut Hakim Kamaludin, tertuduh bertuah mendapat hukuman tersebut jika dibandingkan dengan satu kes rogol lain baru-baru ini di mana pelakunya dihukum penjara selama 36 tahun dan 20 sebatan.

Mengikut fakta kes tersebut, mangsa tinggal bersama dedngan ibunya di sebuah bilik sewa dan tertuduh pula menyewa di bilik lain di dalam rumah yang sama.

Ruslan Bacika, 59, sebelum itu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pertuduhan merogol mangsa di sebuah rumah pada 28 Mac 2019 dan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada 15 Jun dan 19 Jun 2018.

Mahkamah Seksyen pada 13 Februari 2019, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan terhadap tertuduh atas kesalahan merogol.

Ruslan juga dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan amang seksual fizikal berjalan serentak menjadikan tempoh hukuman penjaranya adalah 10 tahun.

Namun, hukuman penjara 10 tahun itu hanya bermula selepas Ruslan menghabiskan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan merogol.

Sumber: Bernama

Related Posts