Bunyi ekzos bising ketika perarakan keagamaan, punca penunggang motosikal dibelasah 24 lelaki - The Reporter

Bunyi ekzos bising ketika perarakan keagamaan, punca penunggang motosikal dibelasah 24 lelaki

Polis menahan 24 lelaki susulan insiden pergaduhan di sebuah stesen minyak di Bagan Ajam, semalam. Video kejadian itu juga turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan seorang lelaki yang membuat provokasi.

Ketika itu, sedang berlangsung satu perarakan agama dan mangsa didakwa membunyikan ekzos motosikalnya dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman.

Akibatnya, mangsa dibelasah sekumpulan lelaki terbabit dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Tindakan mangsa yang melakukan provokasi itu menyebabkan berlaku gangguan ketika perarakan keagamaan hingga timbul rasa tidak puas hati.

“Kesemua lelaki terbabit kejadian termasuk mangsa berusia antara 16 hingga 24 tahun.

“Salah seorang saspek yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!