- Pembantu rumah (Indonesia) buat laporan polis bayinya hilang pada 31 Mei 2014.
- Pembantu rumah mengandung akibat dirogol oleh rakan majikan.
- Majikan memaklumkan kepada wanita terbabit, bayinya telah diberikan kepada rakannya.
- Polis tahan 13 pembantu rumah bersama-sama ejen terbabit
- Temui mayat bayi berusia 6 bulan dalam sebuah beg pakaian dalam keadaan kembung dan berulat.
- Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 6 dan 3 tahun bagi dua pertuduhan tersebut.
SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pembersihan yang menyebabkan kematian seorang bayi dan membuang mayat mangsa dalam gaung dua tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun, lapor Harian Metro.
![]() |
Wong dibawa keluar dari mahkamah – Foto Harian Metro |
Bagi pertuduhan kedua pula, Wong didakwa menyembunyikan kematian mangsa bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang dengan membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya dalam beg pakaian sebelum dibuang di kawasan gaung di sekolah Kilometer 3.6 Jalan Genting Highland – Kuala Lumpur, Bentong Pahang, jam 1 pagi pada 30 Mei 2014.
Terdahulu, ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 31 Mei 2014. Polis kemudian menahan 13 pembantu rumah bersama seorang ejen pembekal pekerja asing (tanpa permit) dan isterinya dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
![]() |
Pasukan Forensik memeriksa mayat mangsa yang dibuang dalam sebuah beg pakaian |
Susulan penahanan ejen berkenaan membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung, berulat dan reput di sebuah gaung di Genting Highlands pada jam 11 pagi, 4 Jun 2014. – The Reporter