Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sebuah filem akan ditayangkan di saluran YouTube pada 21 Disember 2023. Filem bertajuk Pendatang arahan Ng Ken Kin dan ditulis oleh Lim Boon Siang serta diterbitkan oleh Kuman Pictures dan Tapir Films dianggap sebagai satu filem kontroversi.
Kisah ini berlatarbelakangkan sebuah negara yang terasing dari kaum distopia di mana masyarakat yang berbeza kaum dilarang bergaul.
Diceritakan, sebuah keluarga Cina berpindah ke rumah baru mereka untuk mencari seorang gadis Melayu yang ketakutan masih bersembunyi di dalamnya. Timbul persoalan bagaimana keluarga ini bertindak ke atas gadis Melayu itu.
Netizen meluahkan rasa kecewa apabila filem ini tidak ditayangkan di pawagam sebaliknya hanya ditayangkan di YouTube.
Ada dakwaan yang mengatakan filem ini sengaja ditayangkan secara dalam talian bagi mengelakkan daripada tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Tayangan tanpa unsur komersil
Namun begitu, pihak penerbit menyatakan bahawa filem ini dikeluarkan sebagai tayangan percuma tanpa unsur komersil.
“Bukan tak lepas. Sejak kami umumkan pelan untuk bikin #PENDATANGmovie pada Julai 2022, ia memang disasarkan sebagai tayangan percuma dan tanpa unsur komersil.
“Kenapa percuma? Sebab ia dibikin 100% dengan duit sumbangan orang ramai, dan bukan duit pelabur yang mahukan pulangan. “Dari rakyat ke rakyat” gitu,” tulisnya.
Terdahulu, satu kutipan dana dibuat bagi menjayakan pengambaran filem ini dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.
Sumber: masaji, Kuman Pictures, imdb