Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum ini pengacara dan pelakon Fikry Ibrahim meraih perhatian ramai apabila sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah dua kali seminggu untuk menjaga ibunya.
Memikirkan keadaan ibunya juga ketika itu membuatkan Fikry belum memikirkan soal jodoh lagi.
Namun, hari ini tular beberapa keping gambar yang majlis pernikahan Fikry bersama pilihan hatinya yang berlangsung di Jitra, Kedah.
Memetik laporan dari mStar, gambar pernikahan Fikry bersama Khalizah Alihan dikongsikan oleh seorang jurusolek yang dikenali sebagai Hanie.
Hanie mengesahkan pernikahan tersebut dan menyatakan dia merupakan jurusolek yang mendandan untuk pengantin perempuan.

Hanie bagaimanapun menyatakan tidak dapat memberitahu secara terperinci mengenai majlis berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro pula, isteri kepada Fikry pernah terlibat dalam dunia hiburan dan pernah menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.
Tinjaun ke akaun Instagram milik Fikry pula dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat-peminatnya.