Budak perempuan 6 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama datuk - The Reporter

Budak perempuan 6 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama datuk

Sumber Gambar: FB Jiwa Bakti, Berita Harian

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disyaki disambar buaya di jeti di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, di Bintulu, Sarawak.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang mandi bersama ahli keluarga pada jam 6.30 petang

Kejadian berkenaan juga disaksikan oleh datuk mangsa yang berada di lokasi yang sama.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.21 petang.

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau diarah ke lokasi kira-kira lima kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini mangsa gagal dikesan.

“Pencarian dilakukan di sekitar jeti dan tebing sungai bersama anggota polis, selain ahli keluarga mangsa, namun sehingga kini mangsa gagal dikesan,” katanya.

Sumber: Berita Harian, Kosmo, Jiwa Bakti

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!