Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial video menunjukkan seorang budak lelaki yang masih bersekolah meminta ibunya, Janhafzan, untuk membawa dia ke kubur bapanya.
Menurut Janhafzan, anak kecil itu ingin membaca doa di pusara tersebut kerana merindui arwah yang sudah tiada.
Dalam perkongsian video itu, Janhafzan menjelaskan bagaimana anaknya, Wafiy, meluahkan rasa rindunya terhadap arwah bapa.
Dengan penuh emosi, Wafiy dilihat berlari seolah-olah ingin memeluk bapanya yang dirinduinya. Malah, dia sempat memberitahu ibunya tentang perasaan rindunya itu, yang mana Janhafzan juga turut memahami perasaan yang sama terhadap arwah.
“Ibu faham macam mana rindu pada ayah… sebab ibu pun lalui perkara dan perasaan yang sama,” kata Janhafzan dalam perkongsian tersebut.
Tambahnya, Wafiy tidak berkesempatan menikmati sepenuhnya kasih sayang bapanya. Dia selalu menasihati anaknya untuk menghargai kenangan bersama arwah ayah mereka.
Perkongsian ini telah menyentuh hati ramai netizen, dengan ramai memberikan reaksi sedih terhadap kejujuran dan kepolosan Wafiy dalam meluahkan rindunya.