Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu video yang menunjukkan sebuah kereta Honda Civic (Ketam) dipercayai terbabas lalu merempuh tembok batu di hadapan sebuah kedai.
Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasi, kemalangan itu dilihat turut membabitkan dua buah lagi kenderaan lain.
Menurut sumber, brek kenderaan itu tidak berfungsi menyebabkan ia terbabas lalu merempuh kenderaan yang parkir di tepi jalan sebelum merempuh tembok bagaikan tiada hari esok.
Video kejadian, tonton di SINI
“Honda ni buat hal la. Dia kata kemalangan berpunca dari brek tak makan. Dia langgar tembok, nasib baik tak kena kedai runcit. Habis semua dia hentam. Orang yang tak ada kena mengena pun kena.
“Buat malu la. Ini Brembo cap ayam ke, Brembo original?
“Daripada sana, dia test speed 400 meter. Tak sempat brek, dia terus terbabas ke sini,” katanya.
Meskipun tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku, ketiga-tiga buah kenderaan itu mengalami kerosakan dan calar teruk.