'Botak dah kahwin tapi 4 anaknya tak sempurna, Daud pula mati digilis lori' - 4 pembuli insaf selepas terima azab dunia - The Reporter

‘Botak dah kahwin tapi 4 anaknya tak sempurna, Daud pula mati digilis lori’ – 4 pembuli insaf selepas terima azab dunia

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang pengadu yang tidak mahu namanya didedahkan berkongsi mengenai kisah pembuli abangnya yang menerima azab dunia.

Difahamkan, kisah ini berlaku sepuluh tahun lalu di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Abang pengadu menjadi mangsa buli hingga mengalami kemurungan dan berat badannya turun mendadak.

Terima balasan

Dua hingga tiga tahun yang lalu, pembuli tersebut, Amran (bukan nama sebenar), mengambil keputusan untuk menelefon ibu pengadu. Namun, setiap kali ditanya siapa di sebalik panggilan itu, Amran terus putuskan talian. Kemudian, Amran menelefon semula dan meminta maaf kerana dia bersama tiga lagi rakannya iaitu Botak, Carlos, dan Daud (semua bukan nama sebenar), telah membuli anak wanita berkenaan semasa belajar di IPTA.

Menurut Amran, masing-masing mereka telah menerima ‘balasan’ daripada perbuatan itu.

“Amran kata, Botak dah berkahwin. Tetapi empat orang anak lelakinya semua tidak sempurna dari segi fizikal.

“Carlos pun dah berkahwin, tetapi isteri dia selalu mengalami keguguran. Sampai tahap doktor nasihatkan untuk rehat dulu kerana mereka kelihatan stress nak dapatkan anak.

“Daud pula tak sempat kahwin. Dia mati, mayatnya hancur digilis lori,” katanya.

Pernah terlintas nak mohon maaf, tapi kerap ditangguh

Pernah merancang untuk berkumpul dan memohon maaf kepada mangsa. Namun perancangan itu ditangguhkan kerana mereka mahu semua rakan-rakan mereka ‘complete’. Malang tak berbau, Daud disahkan meninggal dunia dan Amran terus segera mencari nombor telefonnya abang pengadu.

“Kami sekeluarga ini orang susah, tak ada telefon sendiri. Jadi masa abang daftar di IPTA, memang menggunakan nombor mak.

“Mungkin Amran pelik bila orang perempuan yang jawab panggilan masa dia mula-mula call itu. Amran tak cerita pula azab yang dia lalui. Tetapi saya rasa dia mungkin kena lebih teruk,” katanya.

Ibu meminta Amran bercakap sendiri dengan anak lelakinya. Tidak pasti sama ada mangsa memaafkan mereka atau tidak. Malah dia juga tidak bertanya mengenai perkara itu.

Sepuluh tahun kemudian, abang pengadu kembali meneruskan pengajiannya.

“Kalau korang pernah buli orang dan nak minta maaf, tolonglah minta maf cepat-cepat. Dosa sesama manusia kena selesaikan sendiri. Tak perlu tunggu geng complete baru nak minta maaf.”

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!