Bonnie pertahankan pingat emas, pecahkan rekod dunia - The Reporter

Bonnie pertahankan pingat emas, pecahkan rekod dunia

Kredit foto: Sinar Harian

Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, telah mengukir sejarah dengan mempertahankan pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram di Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

Apa yang lebih menakjubkan, Bonnie turut memecahkan rekod dunia dengan mengangkat beban seberat 232 kilogram, mengatasi rekod lama beliau, 231kg.

Atlet berusia 25 tahun ini memulakan saingan dengan bebanan 221kg pada angkatan pertama, sebelum menambah berat kepada 226kg pada angkatan seterusnya.

Namun, kejayaan sebenar datang pada angkatan terakhir, di mana Bonnie mengesahkan emas miliknya dengan mengangkat bebanan 232kg.

Ini sekali gus menjadi pingat emas kedua untuk kontinjen negara di Sukan Paralimpik 2024, selepas Cheah Liek Hou meraih emas pertama dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Isnin lalu.

Bonnie juga mengenepikan cabaran dari pesaing seperti Hu Peng dari China yang memenangi perak dengan bebanan 214kg dan Donato Telesca dari Itali yang berpuas hati dengan gangsa selepas mengangkat bebanan 213kg.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!