Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri, ramai pihak yang datang membantu terutamanya negeri yang paling banyak terjejas iaitu negeri Kelantan.
Pempengaruh Khairul Aming antara individu terawal membantu mangsa banjir di negeri kelahirannya itu.
Inisiatif yang dibuat oleh Khairul Aming dipuji ramai dan turut menarik perhatian Pengarah Urusan rangkaian pemborong dan peruncit terkenal, Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.
Dalam hantaran tular di TikTok, Datuk Ameer dipuji ramai kerana memberikan keizinan kepada Khairul Aming dan pasukannya untuk mengambil barangan di Mydin bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000, 50,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.
Sabtu lalu, Khairul Aming dan pasukannya membantu mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan.
Menerusi hantaran di Instagram, beliau juga memaklumkan kilangnya telah menyediakan dendeng serta barang keperluan lain untuk mereka yang terkesan.








