Jenama terkenal dunia, Zara dikecam ramai gara-gara memaparkan promosi koleksi terbaharu dengan menggunakan isu konflik peperangan yang berlaku di Palestin.
Menerusi gambar tular itu, model berkenaan dilihat mengusung patung mannequin yang dibaluti dengan kain putih selain beberapa gambar yang menggambarkan seolah mayat rakyat Palestin yang terbunuh.
Selain itu juga, diletakkan patung di dalam kotak kayu yang dipercayai menggambarkan sebuah keranda.
Walaupun iklan jenama fesyen itu mempromosikan jaket digayakan oleh model tersebut, namun netizen mempersoalkan kewajaran pihak pengurusan jenama berkenaan bertindak demikian.


Rentetan itu, laman Instagram milik jenama berkenaan diserang netizen dan meninggalkan komen untuk memboikot jenama berkenaan.
“Terima kasih kerana menunjukkan sisi sebenar jenama kamu, memalukan! Booikot!” kata netizen.
“Tak terlihat keindahan seni disitu. Secara jelas anda punya agenda tertentu. Tak akan beli lagi barangan dari jenama ni,” kata netizen lain.








