Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Safiey Illias, menggemparkan netizen apabila beberapa gambar dirinya kembali kepada keadaan dirinya sebelum ini. Netizen ternyata kecewa dengan keadaan itu kerana mereka benar-benar berharap lelaki berkenaan berubah sepenuhnya.
Semalam, pakar motivasi, Dr Syahr Musafir, menegur usahawan berkenaan agar kembali ke pangkal jalan dari terus terpesong. Malah, teguran itu juga ditujukan kepada ‘teman lelaki’ usahawan berkenaan.
SAYA tidak pernah komen tentang identiti Nur Sajat sebab saya tidak pernah tengok bukti tentang dia adalah lelaki yang bertukar menjadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda yang saya tidak tahu. Jadi saya tak kata ya, saya tak kata tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada tuhan.
Sekarang dia nak berubah menjadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak menjadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki. Seperti serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.
Alang-alang ini, saya nak juga menyeru kita semua boikot produk-produk keluaran orang sebegini. Jangan support, makin support makin naik minyak geng-geng ini. Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka, makin terpesong.











