Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BJAK Sdn Bhd (BJAK) dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengadakan kerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai isu yang dibangkitkan.
Katanya pihak mereka menawarkan perkhidmatan itu secara pilihan percuma dan ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta yang bertujuan untuk meningkatkan nilai pelanggan dan tidak berkait dengan mana-mana agensi kerajaan.
“Bagi perkhidmatan pembaharuan, BJAK menawarkan secara percuma berbanding dengan platform lain yang mengenakan bayaran dari RM3.00 hingga RM11.00.
“Syarikat sebelum ini telah menanggung sebarang caj kepada pembekal rasmi, JPJ. Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kini ditawarkan tanpa sebarang caj.
“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan berkesan dari segi kos buat pelanggan,” tulis kenyataan tersebut.
Kekal komited
Dalam pada itu, BJAK turut menyatakan pihak mereka kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang, melalui standard pematuhan tertinggi.
“Ia adalah perkhidmatan pilihan untuk pelanggannya, dengan perkhidmatan utama BJAK adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kereta, serta perkhidmatan VIP khas untuk pelanggannya,” katanya.
Sementara itu juga, BJAK turut menyatakan jaringan mereka mengekalkan ulasan tertinggi iaitu lebih daripada 250,000 ulasan di Google. Hal ini selaras dengan matlamat mereka untuk menyelesaikan pada hari yang sama bagi setiap pertanyaan dan maklum balas pelanggan.
Terdahulu, JPJ dalam satu kenyataannya berkata, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.
Sumber: BJAK








