Berita mengenai usahawan dan aktres terkenal, Nur Fazura memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin mengejutkan ramai pihak.
Tiada siapa yang menyangka pasangan selebriti terkenal itu yang seringkali dilihat sangat romantis diuji dengan sebegitu.
Selepas tular mengenai isu berkenaan, Fazura dilihat memuat naik gambar hitam putih seolah berduka dengan apa yang terjadi.
Di ruangan komen, rakan selebriti dan netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya.
Hantaran Fattah Amin di Instagram yang mempromosikan Filem Pendekar Awang & Tok Gajah pula tidak henti-henti diserang dengan netizen yang mengecamnya.
Ada yang menyifatkan Fattah seorang suami yang tidak menghargai seorang isteri yang dilihat sudah cukup sempurna.
Bagaimanapun, sehingga kini Fattah hanya mendiamkan diri. Komen di hantaran Instagram masih dibuka, namun di Instastory, ruangan komen telah ditutup.