Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Krisis yang berlaku antara kumpulan Sepah iaitu Mamat, Shuib dan Jep bagaikan berpanjangan.
Bukan hanya peminat, ramai selebriti dan individu di belakang tabir mula bersuara tentang hubungan mereka yang dilihat semakin retak. Bagaimanapun, mereka semuanya mengharapkan agar trio itu kembali menghangatkan industri.
Sebelum ini dalam Dol’s Podcast, Mamat ada berkongsikan kisah pertemuan dia dengan individu atau orang kuat disebalik tabir pembikinan Raja Lawak iaitu Michael Simon.
Michael Simon yang merupakan CEO Homegrown Productions dalam satu temu bual pula berkongsikan kisah mengenai kumpulan Sepah. Katanya, dia melihat kumpulan Sepah pada ketika itu merupakan kumpulan yang berbakat.
“Kita nak cari bakat, bukan cari orang yang popular. Masa sesi uji bakat saya nampak diorang (Sepah) ni bagus. Mula-mula pihak lain tak pilih diorang. Masa sesi final list tu, saya push untuk diorang sebab rasa diorang berbakat.
“Dari minggu ke minggu nampak progress. Memang saya dah agak diorang lawak. Bila diorang naik je pentas, boleh nampak penerimaan penonton dan saya pun suka lawak diorang,” katanya.
Ketika menjawab isu krisis yang melanda kumpulan berkenaan, Michael Simon berkata berpecah memang ada kelebihan tetapi trio original yang sudah ditubuhkan itu jika dibiarkan begitu, sayang jika dilepaskan.
“Mungkin satu hari nanti, bila ego semua dah turun, mungkin nak balik sebagai satu kumpulan mesti hitlah,” katanya.
Sumber: HyppInspirasi HD








