Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh wanita yang dikenali sebagai Syamimia sering mendapat kritikan dan kecaman ramai. Sebelum ini, beliau mendapat perhatian ramai apabila tular tentang dekorasi yang dibuat di rumah PPR miliknya.
Namun begitu, dia dikecam teruk setelah netizen mendapati dia bersikap ‘neutral’ dan tidak menyatakan solidariti terhadap nasib Palestin sedangkan dia merupakan pempengaruh yang mempunyai pengikut yang ramai.
Sudah reda dengan isu tersebut, netizen sebaliknya seolah tidak pernah ‘jemu’ menyerang setiap hantaran yang dibuat oleh Syamimia.
Menerusi hantaran tular, Syamimia memberikan ulasan terhadap kecaman dan komen negatif netizen kepada dirinya ketika menjadi tetamu sebuah podcast bersama Hazeman Huzir.
Beri penilaian komen
Bukan sahaja mendedahkan nama netizen yang meninggalkan komen negatif, dia juga turut memberikan penilaian kepada setiap komen yang diberikan.
“ Segmen malam minggu, Edisi Siasat. Hari ini kita nak main ‘rating’ komen ‘haters’. Jangan ambil serius, kita nak santai saja di sini. Bermula dengan komen pertama dekat video podcast dengan Haze hari itu.
“Suka hati saja dia mengata. Macam kenal lama tu. Untuk komen yang ini saya bagi tujuh per 10. Dia tak faham ‘style’ podcast yang santai, bahasa tak berlapik, soalan sentap, panas,” katanya.
Bagaimanapun Syamimia menyatakan dia sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh hos supaya bersedia dengan soalan-soalan yang tidak berlapik.
Pempengaruh yang juga dikenali sebagai Mimi itu turut memberi ulasan komen negatif yang diterima dalam hantaran video membuka bungkusan peti ais baharu yang dibeli.
“Seorang ini dia datang dekat video peti ais saya. Dia komen yang toksik, dia macam bukanlah nak kena buruk-buruk perkataan tu baru nampak toksik itu. Dia cakap tak boleh condem apa-apa pasal budak Syamimia, penjilat dia ramai, nanti kita kecam sekali.
“Cukup pedas, cukup menyakitkan hati. Tujuh per 10 juga saya bagi. Tiga markah kurang sebab dia kata saya ada penjilat. Sekarang ini yang tak follow saya pun dah boleh fikir dengan waras ‘cyberbully’ itu apa,” katanya.
Rating tertinggi iaitu sembilan per sepuluh turut diberikan pempengaruh ini terhadap komen sindiran yang ditinggalkan dalam hantaran peti ais berkenaan.
Menerusi ruangan komen pula, ada yang menyatakan nama-nama yang telah didedahkan oleh Syamimia mula menukar akaun TikTok mereka kepada akaun peribadi.
Sumber: Syamimia