Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Penghijrahan selebriti terkenal, Nora Danish sebelum ini sering mendapat perhatian ramai. dan sikapnya yang cukup positif dipuji ramai.
Menerusi potongan video sebuah podcast Richman Coffee bersama Neelofa dan Natasha, Nora berkongsikan pendapat mengenai alam perkahwinan dan juga tanggungjawab seorang lelaki.
“Bila kahwin kerana cinta, akan melukakan tapi bila kahwin kerana Allah, perjalanan begitu indah,” katanya.
Kisah semasa perkahwinan terdahulu turut dikongsikan Nora. Semasa mengenali bekas suaminya, beliau tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya.
Namun sebaliknya tertarik dengan pertawatakan mereka.
“Kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada..dia datang sendiri,” katanya.
Nora juga menyatakan dia tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya kerana sudah terdidik dari kecil untuk bersikap tidak meminta dari orang.
Dalam pada itu, Nora menasihati kepada golongan suami untuk tidak berlaku culas dalam memberi nafkah terhadap isteri. Katanya, dia mendapat maklumat, menyatakan
kebanyakan kes penceraian yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan faktor kewangan.
Kenyataan tersebut dipersetujui oleh Neelofa yang turut memetik kata dari pendakwah, Ustaz Wadi yang menekankan soal muflis akhirat.