'Bila dah jadi begini, siapa yang tak sedih?' Rozita Che Wan sedih akaun Instagramnya yang punyai 5.2 juta followers digantung - The Reporter

‘Bila dah jadi begini, siapa yang tak sedih?’ Rozita Che Wan sedih akaun Instagramnya yang punyai 5.2 juta followers digantung

Akaun Instagram milik pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta semalam dilaporkan hilang daripada radar sejak 15 September lalu.

Menurut laporan mStar Online, akaun Instagram pelakon itu digantung buat sementara oleh pihak Meta, susulan berlakunya pelanggaran garis panduan komuniti.

Beliau diberi tempoh selama 13 Mac tahun depan untuk mengemukakan rayuan atau akaunnya yang mempunyai 5.2 juta pengikut itu akan dihapuskan serta-merta.

“Saya sudah banyak kali mengemukakan rayuan, tetapi belum berhasil. Malah, saya juga telah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meminta bantuan, tetapi kecewa panggilan tidak pernah dijawab,” katanya.

Che Ta mengakui, masalah itu bukan sahaja membuatkan dia bersedih, malah hilang tempat untuk mencari rezeki buat sementara. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan platform lain untuk meneruskan perniagaannya.

“Bila dah jadi begini, siapa yang tak sedih? Buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.

Pelakon berusia 49 tahun itu amat berharap akaun Instagramnya dapat diperolehi semula. Beliau tidak menolak jika ada mana-mana pihak yang sudi tampil membantunya mendapatkan aset digitalnya itu.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu lesap begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut. Saya berharap akaun IG itu saya akan perolehi semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh menghubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.

Minggu lalu, nama Che Ta menjadi bualan hangat di media sosial susulan mengeluarkan kenyataan balas terhadap seorang pengacara kontroversi yang melemparkan kata-kata caci maki terhadap anak perempuannya, di media sosial.

Che Ta menegaskan, dia tidak kisah dimaki oleh pengacara itu tetapi jangan sesekali membabitkan anak-anaknya dalam hal tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!