Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kata orang, lebih baik mencegah dari mengubati. Namun dalam soal vaksin, wujudnya golongan antivaksin yang menyebarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan bagi menakut-nakutkan ibu bapa yang dalam dilema mahu memberi suntikan vaksin atau tidak kepada anak masing-masing.
Di bawah, perkongsian pengalaman seorang ibu yang melihat sendiri perbezaan anak yang tidak disuntik dengan vaksin dan yang disuntik dengan vaksin. Jika dulu dia menganggap pengambilan vaksin itu hanya membazir, kini tidak lagi apabila dia sendiri melihat perbezaan yang sangat ketara.
Apa pun, kita sebagai ibu bapa hanya mampu merancangan apa yang terbaik untuk anak-anak kita, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah swt. Semoga bermanfaat.
INI gambar terakhir arwah Muhammad Iman Qayyum. Anak saya complete jab dari masa lahir sehingga umur dia satu tahun tiga bulan. Anak saya memang tak ada masalah sewaktu dilahirkan. Normal birth dan sihat.









