Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi kisah seram yang saya alami lebih kurang bulan 8 Ogos 2016. Ceritanya bermula begini. Hari Sabtu di malam hari, saya mengunjungi kenduri di rumah rakan saya di kampung di mana kakaknya berkahwin. Malam itu, kakaknya akad nikah.
Lebih kurang jam 1.30 pagi, saya terdengar bunyi yang sangat kuat berhampiran telinga saya. Bunyinya seperti orang yang tengah kena seksaan kubur dalam jumlah yang ramai. Suara lelaki dan perempuan menjerit-jerit. Namun bunyi itu tidak lama, hanya dalam masa 10 saat sahaja.
Pada sebelah petangnya, kawan menjemput saya ke rumah dan katanya untuk membaca Yassin. Saya pun terkaku dan pelik seketika, kenapa tiba-tiba nak buat bacaan Yassin? Saya pun bertanya apakah tujuannya.
Lalu kawan saya menceritakan bahawa, semalam ada ustaz berhampiran rumahnya terdengar bunyi yang sama seperti saya dengar awal pagi tadi. Seolah-olah bunyi seksaan kubur. Ustaz itu kata, mungkin ahli-ahli kubur marah dengan apa yang kami buat pada malam tersebut.
Anda ada cerita/kisah/pengalaman paranormal atau mistik yang ingin dikongsikan? Hantarkan kepada kami di SINI.










