'Berisiko dapat penyakit genetik' - Doktor tidak galakkan berkahwin dengan sepupu sendiri - The Reporter

‘Berisiko dapat penyakit genetik’ – Doktor tidak galakkan berkahwin dengan sepupu sendiri

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Sebelum memilih pasangan, lelaki atau wanita dinasihatkan supaya memilih yang terbaik bagi mencapai sebuah perkahwinan yang bahagia.

Dalam perkahwinan juga, dinasihatkan supaya tidak berkahwin dengan keluarga terdekat seperti contoh perkahwinan dengan sepupu.

Satu hantaran dari seorang pegawai perubatan juga tidak menggalakkan perkahwinan sebegini.

“Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.

“Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, jelas Dr Samhan perkahwinan antara sepupu berkemungkinan akan mendapat penyakit keturunan genetik.

“Kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat dekat. Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik.

“Jadi lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik. Persamaan genetik kita dan sepupu kita adalah 12.5%.

“Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut,” tulisnya.

Risiko penyakit

Tambahnya lagi, menerusi kajian kanak-kanak daripada perkahwinan itu akan menerima risiko penyakit seperti talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.

“Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6% untuk gangguan genetik resesif autosomal.

“Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini, walaupun masih lebih tinggi daripada purata populasi,” katanya.

Sumber: Dr Samhan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!