Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu tular baru-baru ini mengenai jurukamera yang menolak pengantin lelaki ke dalam parit, jurukamera berkenaan tampil memberikan penjelasan.
Dia akui kesilapan diri membuat tindakan begitu dan menyatakan telah berhubung dengan pengantin perempuan mengenai insiden berkenaan.
“Saya ada dan tak lari pun. Dah tahu benda ni viral dan salah saya.
“Saya dah mesej akak bridal tersebut dan insya-Allah kita akan jumpa dan berbincang macam mana,” katanya.
Namun, apa yang dikesalkan katanya, orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan insiden tersebut seolah melebih-lebih.
Bukan sahaja menerima kecaman, malahan dia turut menerima ugutan bunuh dan pukul oleh beberapa individu yang tidak dikenali.
“Apa motif? Tu kesalahan saya dengan pengantin. Pandai-pandai la saya nak tebus kesalahan saya macam mana. Apa-apa jadi saya akan bertanggungjawab.
“Benda tak dijangka dan bukan dirancang,” katanya.