Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Madammu, usahawan kosmetik yang juga dikenali sebagai Eriyca Baiduri, tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya baru-baru yang mendakwa telah membeli semua seat dalam panggung kecil untuk menonton wayang.
Terdahulu, Madammu telah memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dia telah membeli semua tiket di panggung tersebut untuk menikmati filem kesukaannya dengan tenang. Dia juga mengakui dirinya seorang introvert, yang telah menarik pelbagai reaksi netizen yang mengkritiknya sebagai ‘terpaling introvert’.
Dalam temu bual bersama mStar Online, Madammu berkata dia sebenarnya bergurau dan tidak ada penonton lain ketika tayangan filem berlangsung.
Madammu mengakui dia tidak membeli semua tiket seperti yang dikatakannya sebelum ini. Dia dan suaminya terkejut apabila melihat panggung tersebut kosong.
“Ada plot twist sebenarnya. Saya dan suami pergi menonton wayang itu selepas musim cuti sekolah. Sampai saja dalam panggung wayang, kami ingatkan salah hall. Masuk saja hall tu kosong tiada orang. Kami nak keluar panggung dah, tapi rupa-rupanya memang saya dan suami sahaja yang menonton pada ketika itu.
“Jadi saya pun saja buat kapsyen cakap kami book satu hall. Sebenarnya kami tidak book satu hall tu pun, tak pernah-pernah kami tonton wayang tapi hall kosong seperti itu,” katanya.
Sumber: mStar Online
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!