Bella Astillah terima 3 kontrak drama dibawah produksi A Aida | The Reporter

Bella Astillah terima 3 kontrak drama dibawah produksi A Aida

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan kontroversi yang melanda industri hiburan baru-baru ini, penerbit terkenal A.Aida menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana selebriti yang terpalit dengan masalah.

Nama Ruhainies turut digugurkan dalam produksi miliknya.

Atas dasar keprihatinan juga, A. Aida telah menawarkan kepada Bella Astillah tiga kontrak drama dibawah produksinya.

Dalam satu laporan, A.Aida menyatakan peluang diberikan bukan sekadar sokongan, malahan ia juga dapat membantu Bella meneruskan kerjaya seninya. Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahriku dan Move on Romeo.

Ketiga-tiga drama tersebut bakal menjalankan penggambaran sepanjang tahun ini.

Bella maafkan Ruhainies

Sementara itu, mengulas isu kontroversi yang terjadi baru-baru ini, Bella mendedahkan Ruhainies langsung tidak menghubunginya untuk menceritakan situasi sebenar.

“Saya tidak mahu panjangkan isu jadi saya maafkan dia walaupun sehingga hari ini, dia langsung tidak menghubungi saya untuk ceritakan situasi sebenar.

“Saya maafkan namun tidak mungkin sesekali melupakan, dan saya harap tidak akan berjumpa dengannya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Bella enggan memberikan komen mengenai suaminya dan meminta agar mendoakan segala yang terbaik buatnya.

“Mungkin penceraian dan kes yang terjadi ini sebagai hadiah ulang tahun saya pada 15 Mac ini dan sememangnya menjadi pengajaran untuk saya lebih menyayangi diri sendiri,” katanya.

Sumber: Hlive, A.Aida, mStar Online

Related Posts