'Tahun lepas datang dengan kesedihan di depan Kaabah, kali ini menangis syukur' - Bella Astillah | The Reporter

‘Tahun lepas datang dengan kesedihan di depan Kaabah, kali ini menangis syukur’ – Bella Astillah

Bella Astillah
Sumber Gambar: Instagram Bella Astillah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa syukur diberikan peluang untuk menunaikan umrah bersama adiknya, Didi Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Bella menyatakan perasaanya pada umrah kali ini berbeza berbanding umrah yang dikerjakan pada tahun lepas.

“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.

“Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.

“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya,”tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan juga, Bella turut memaklumkan kota suci Mekah dikunjungi 3 juta tetamu buat kali pertama pada malam ke-23 Ramadan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menarik perhatian ramai apabila mengiringi Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Dalam pada itu juga, Bella turut mendoakan kebaikan bagi semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan padanya

“Bella turut mendoakan semua yang mengenali bella ataupun tidak. Kebelakangan ini, bella terima banyak sangat kasih sayang dan sokongan yang luar biasa dari semua mashaAllah,” katanya.

Related Posts