Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semalam Melodi turut menyiarkan kenyataan Nurul Shuhada mengenai insiden mukanya ditumbuk oleh Hafidz sebanyak tiga kali. Dalam temubual itu wartawan bertanya apakah dia masih lagi berpegang pada pendiriannya untuk memaafkan dan tidak melupakan.
Nurul Shuhada menjawab apa yang berlaku aadalah atas keizinan Allah dan dia tidak mahu lagi mengambil tahu apa yang dilakukan oleh bekas suaminya dengan Athira kerana dia perlu move on untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya.
18 jam yang lalu, satu akaun yang dipercayai milik Athira memuat naik kenyataan berikut:
“Belajarlah menjaga perasaan orang lain, jangan menyakiti. Kerana berapa banyak kamu sujud pun, jika yang disakiti enggan memaafkan. Maka, Allah pun enggan,” tulisnya.
Sumber: Instagram Athira Yuhada









