Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelancong yang dikenali sebagai Olivia Yuqi berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika berkunjung ke Terengganu, baru-baru ini. Apa yang pada awalnya dirancang sebagai perjalanan biasa, bertukar menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Menurut Olivia, dia berdepan kesukaran untuk mencari tempat bermalam apabila kebanyakan hotel di kawasan tersebut sudah penuh. Malah, pilihan homestay juga agak terhad, menyebabkan mereka hampir buntu.
Bagaimanapun, kebaikan pasangan suami isteri yang menawarkan homestay mereka untuk bermalam memberikan keceriaan buat Olivia.
“Kami tak jumpa tempat untuk bermalam di Terengganu sebab kebanyakan hotel dah penuh dan ada pemilik homestay yang lebih memilih tetamu tertentu. Tapi pemilik homestay ini sudi terima kami untuk satu malam,” katanya.

Baca juga:
- Penunggang motosikal kritikal dirempuh kereta lawan arus, keluarga rayu doa buat mangsa
- ‘Dara, Amoi dan Kelat catat pertambahan berat badan di Tennoji Zoo’ – MPT
- Penjelasan penceramah daging korban perlu disimpan 7 jam dalam chiller
Lebih menyentuh hati, pasangan itu turut menjemput Olivia dan rakan-rakannya untuk bersarapan bersama sebelum mereka pulang
“Umi dan suaminya siap jemput kami sarapan sebelum kami balik. Memang nampak simple je, tapi sangat bermakna untuk kami,” jelasnya.
Bagi Olivia, layanan yang diberikan walaupun nampak kecil, sebenarnya memberi impak besar sepanjang perjalanan mereka. Ia bukan sekadar tempat untuk berteduh, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan keikhlasan.
“Dalam dunia yang kadang-kadang rasa tak menentu, momen macam ini mengingatkan kami bahawa kebaikan yang tulus masih wujud. Bersyukur kerana bertemu dengan orang yang baik hati sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Difahamkan, pemilik homestay berkenaan dikenali sebagai Ustaz Zuliadin Abdullah.








