Bekas pelajar saman sekolah selepas lulus tanpa boleh membaca atau menulis | The Reporter

Bekas pelajar saman sekolah selepas lulus tanpa boleh membaca atau menulis

Bekas pelajar Hartford Public High School mendakwa lulus tanpa boleh membaca dan menulis, kini menyaman sekolahnya.
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja di Connecticut memfailkan saman terhadap bekas sekolah menengahnya selepas mendakwa dia dibenarkan lulus dengan cemerlang walaupun tidak boleh membaca dan menulis.

Aleysha Ortiz, 19, menerima sijil tamat sekolah dari Hartford Public High School tahun lalu dengan status honors (pelajar cemerlang) dan mendapat biasiswa ke universiti. Namun, dia mendakwa sekolahnya cuai kerana membiarkannya lulus tanpa menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Ortiz, yang berasal dari Puerto Rico, mengalami kesukaran belajar sejak kecil. Namun, sekolahnya tidak mengambil tindakan sewajarnya sehinggalah sebulan sebelum dia tamat sekolah, barulah ujian tambahan dijalankan dan mendapati dia hampir tidak boleh membaca.

Pihak sekolah menawarkan pilihan untuk menangguhkan penerimaan sijil bagi mengikuti program pemulihan pembelajaran, tetapi Ortiz menolak.

“Mereka ada 12 tahun untuk bantu saya, sekarang masa saya pula,” katanya kepada CNN.

Walaupun berjaya diterima ke Universiti Connecticut, dia bergantung sepenuhnya pada aplikasi telefon untuk membaca dan menulis. Namun, setelah memasuki universiti, dia menghadapi kesukaran besar dan akhirnya berhenti menghadiri kelas sejak Februari.

Ortiz memfailkan saman kerana mahu sekolahnya bertanggungjawab dan berharap perkara sama tidak berulang kepada pelajar lain.

“Saya suka belajar, tapi peluang itu dirampas daripada saya,” katanya.

Related Posts